Wednesday, July 9, 2008

bila marah..

bila marah..ape nak buat??tanam sedalam - dalamnye kt dalam hati??atau lepaskan segale-gale nye ke arah orang yg kite marah tu??bile kite marah, mesti keluar segala ayat-ayat yg tak disenangi and indirectly kite akan downgrade diri kite sendiri.secara tak langsung nye keluar the dark side of us.and the worst is it will show the stupidity and the childishness inside ourselves. tp kalo kene pendam.buried the anger deep inside our heart..lama2 marah tu akan menimbun dan bile marah tu da tak tertanam lg terhambur laaa segala kemarahan yg kite tanam sekian lama.. jd.................mcm mane nak melepas kan rasa marah dengan cara yg terbaik??makin dipendam makin saket hati ini.makin panas di dalam hati walaupon di luar menanggung kesejukan.

dalam suatu hadis dari Ja’far bin Muhammad pernah berkata yg marah tu kunci segala keburukan.tp....kalau orang tu tak de kekuatan marah, maka hilang lah harga diri orang tu secara total.dan orang yg tak marah untuk membela kebenaran jugak akan hilang harga dirinya.golongan2 ni dianggap ade mental illness.marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.Imam Shafie jugak pernah berkata if ade orang yg tak marah towards perkara yg benar [dibenarkan oleh islam] maka orang tu saling tak tumpah cm keldai a.k.a donkey.huhu. Marah yg tercela dpt dilihat malalui mata seseorang tu ketika marah.selalunye, mata nye akan merah dan tgn dan bdn nye akan menggeletar menahan marah juga dahi yg berkerut.in short, kalo orang tu tgh marah and die tgk cermin mesti die malu.sebab rupa orang yg tgh marah ni hodoh!

Seorang yang pemarah akan melahirkan ciri-ciri seperti menggunakan lisannya mengungkap perkataan yang kotor, suka memaki atau mengungkapkan apa sahaja perkataan yang tidak dilafazkan oleh orang yang sihat akalnya.Malah apabila kemarahan memuncak boleh mengakibatkan pergaduhan atau yang lebih buruk melakukan pembunuhan.

Bila marah melanda berusahalah mengatasinya dan cubalah dengan cara berikut:

Pertama : Renungilah ayat al-Quran dan Hadis tentang keutamaan menahan marah, memberi maaf, berlapang dada, dan keutamaan bersabar. Imam Bukhari meriwayatkan dari hadis Ibnu Abbas ra., ada la seorang datang nak jumpe dgn Umar al-Khatab.then orang tu kate Umar tak adil kepada rakyat. bila umar marah Umar nak pukul orang tu.tp ditahan oleh al-Hurr.dan al-Hurr megingatkan umar tentang firman Allah '' “Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf serta berpalinglah dari orang yang bodoh” (Q Al-Araf:199). '' orang yg nyaris2 kene pukul tu pon dilepaskan.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga pernah memerintahkan pegawainya memukul orang yang melakukan kesalahan tp bila beliau teringat ayat di atas segera khalifah Umar bin Abdul Aziz membaca firman Allah yang bermaksud: “Orang-orang yang diampuni Allah dan masuk syurga di antaranya ialah orang-orang yang dapat menahan marahnya”. (Q Ali Imran: 134)

Kedua: Takutlah akan seksa Allah. Cubalah meredakan kemarahan dengan berkata, “Allah SWT sangat besar kekuasaan-Nya atas diriku. Lebih besar daripada kekuasaan aku kepada orang yang membuatku marah. Jika aku melepaskan kemarahanku kepdanya, aku tidak akan aman daripada kemurkaan Allah pada hari kiamat. Padahal masa masa itu aku amat memerlukan keampunan-Nya”.

Ketiga: Bayangkanlah betapa hodohnya wajah dan bentuk seseorang apabila marah. Bayangkanlah juga bagaimana buruknya diri apabila berubah seperti binatang buas yang marah kerana kelaparan. Sikap ini jauh dari perilaku dan akhlak para Anbiya. Tanyalah pada diri sendiri adakah kamu suka menyerupai binatang buas yang tidak berakhlak atau menghiasi diri dengan peribadi mulia?

Keempat: Renung dan fikirkan juga sikap balas dendam yang menimbulkan kemarahan. Adakah kita telah menimbangkan seadil-adilnya sebelum melepaskan kemarahan. Jangan biarkan kata-kata syaitan membisikkan ke dalam jiwa, “Orang ini telah menghinamu, mempermain-mainkan dan merendahkan darjatmu”. Sehingga jiwa manusia menjadi merasa kecil dan terhina di hadapan manusia. Ketika itu hendaklah seseorang berkata kepada jiwanya, “Engkau merasa rendah diri lantaran sikap orang itu sekarang, tetapi tidakkah engkau merasa rendah diri tentang penghinaan pada hari kiamat. Engkau amat berwaspada dengan perasaan hina di hadapan manusia tetapi tidak waspada dengan kehinaan di hadapan Allah, malaikat dan para nabi. Ingatlah bahawa bagaimanapun keadaan marahmu, pastilah Allah akan marah padamu”.

Di atas adalah sebahagian daripada panduan mengatasi marah yang berkaitan dengan hati. Bagi perkara yang berkaitan dengan amal perbuatan pula adalah seperti sebaik-baiknya orang itu diam apabila marah. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila kamu marah, maka berdiamlah (jangan bergerak dan jangan bercakap)”. Seterusnya mohonlah perlindungan kepada Allah.

Duduk dan berbaringlah ketika marah merupakan sikap yang mengingatkan seseorang dengan tanah, asal dirinya. Dia akan merasa kehinaan hingga muncul sifat tawadhuk kerana sesungguhnya marah itu berasal daripada sombong. Diriwayatkan oleh Abu Sa’id dari Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang mendapat sedikit kemarahan, maka hendaklah dia meletakkan pipinya ke tanah”. (HR Tirmidzi, Ahmad, dan al-Baghawi)
[credit to:www.paksi.net/modules/penulisan_kreatif]

[aku.chenta.muzik]

2 comments:

i n - c h a n said...

lek lek.jgn marah sgt..nanti cepat tua!

Danielle_Corleone said...

hehe. marah jugak. takpe2 kawal mesti boleh! :-)