Monday, September 28, 2009

raya ke???

yeayyyy..akhirnya dapat jugak aku mengupdate story pasal raya.ni sume pasal lambat dapat gamba..huhu. maka dengan itu, untuk post yang ni aku lebeyh kan gamba dari kata2.chewahhh.




sebagai pembuka selera, aku tujukan kari kambing ni untuk tatapan sume. nyum nyum..



di malam raya, ruang angkasa kat umah aku diserikan dengan bunga api..cantek2 bunga api nye..tapi tu le tak dan nak tangkap.ni je le yang nampak.

sesi berpoya2 selepas takbir..=)


mak tengah iron baju raya.. =)



kemudiaaaaaannnnn......tralalala...sarung kusyen terbakar di malam raya.. lol. ni sume terjadi bile mak letak iron kt atas kusyen ni.tak tau plak die nye sensitip.angkat2 koyaaaakk. terpaksa la tukar dengan sarung yang da buruk.huhuhu.


kanak2 dikerah tenaga untuk tukar sarung kusyen..haha.


pepagi raya selepas balik semayang raya..


abang yang sangaaaat suka mengusik adek aku yang emo.hahaha


berangannnn...actually aku tgh pegang cincin yg aku pakaaaiii. cincin tu ketat. dan lupe nak gi besarkan.huhu. cincin tu tok aku yg bagi.maka.....di kala nak gi beraya kat umah dia tak kan tak pakai.kang kecik plak hati die.huhu


sesi bersalam salaman [salam dengan abah]


salam dengan mak.


dalam kete on da way nak balik butterworth. malangnya takda gamba kat butterworth.tak taw la nape.macam tak berminat je nak bergambar kat sanaa.haha.



ni gambo kat umah makcik aku. petang raya tu sesampai je kuale teros ke umah makcik aku ni. budak kecik yang paling bijak bergambar tu anak cousin aku. sangaaaat pandai, bijak, baik,nakal, cute etc.


neway tu je la gambo raya yang aku adaa.tak banyak sangaattt. kalo ade pon dengan kamera orang lain.maka tak dapat le aku nak menguploadnye.hehehe.


>
Menjelang Hari Raya by Dj Dave
Menjelang hari raya
Berakhirnya puasa
Bergema takbir senja
Menyambut syawal tiba

Suasana riang ria
Terlihat sini sana
Menyeri malam raya
Terhias indah rupa

( korus )
Oh... cantik berseri-seri
Tua dan muda berpakaian serba baru
Oh... sungguh meriahnya
Miskin kaya pun turut bergembira

Selamat hari raya Aidil fitri mulia
Semoga berbahagia
Hidup aman sentosa



Thursday, September 10, 2009

raya ke exam?

since nak raya sesangat daah aku nk wat post pasal raya laaaa.heheheh.

taaaapiii [ayat stendet drama]

sat je raye.pastu da kena study untuk exam. :(

raya kah? raya tu kan tanda kemenangan?

macam tak raya lagi je.

8/10 baru la aku betoi2 raya. sebab da abih exam.

yang raya syawal ni....macam kemenangan sebab berjaya puasa di bulan ramadhan. tu je.

sedey sebab tak dapat enjoy raya at the fullest.

macam mana laaa nak raya sakan kalau dalam otak asyik ingat notes yang paling "bulky" itu?

da laaa badan ni semakin menjadi2 naiknye. nak makan time raya pon rasa bersalah. :(

macam kurang semangat je nak raya. yang ada cuma semangat nak balik umah.

sebab da lama sangat tak balik umah dan dah tak boleh tahan stay kat malapetaka eyh melaka.haha.

dengan pelbagai pressure-nye. masalah study, masalah kawan2, masalah dengan diri sendiri.

di kala diri dirundung kemurungan, rumah lah tempat yang sesuai untuk dituju. suara mak lah penenang jiwa, kata2 abah laah penguat semangat, gelak tawa adek beradek lah pengubat serabut.

maka, esok, dengan hati yang girang gembira, akan ku tuju ke tempat yang paling menenangkan.

i dont need a luxury vacation, i need no spa, all i need is a superb place call HOME.

menjelang hari raya yang mulia, aku menyusun 10 jari memohon maap kepada semua pembaca blog aku, kawan2 aku, family aku, cikgu2 aku, dan juga sesapa la yang "ter"offended dengan kata2 aku. al maklum laaaa aku ni kan mulut puaka skeytttt.hahaha.

ouh yaa..halal kan la makan minum, or ada terambik barang ka, or ada apa2 yg terkurang or terlebeyh harap dihalalkan laaa donia akhirat.

akhir kata,

semoga aku selaaaaaamaaat pergi, selaaaaamaaaat balik.

adios kawan.


Balik Kampung by Sudirman Hj Arshad -

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti







Tuesday, September 1, 2009

ramadhan & syawal =)

salam ramadhan..

hari ni 11 ramadhan. lg 19 hari nak raya.
tak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman.
puasa ni tak bukak pose lagi dengan mak and abah.
dan dikala puasa ini jugak la aku rindu dengan masakan mak.
rindu dengan hiruk pikuk di rumah bila tiba masa berbuka.
rindu nak dengar bunyi mercun bola yang boleh buat orang sakit jantung goal.

biler nak bukak puasa je,
tugas aku buh nasik kat dlm pinggan.
kendian buh air plak.
pastu amik kurma pas kt sume orang.hehe.
lepaih habih bukak pose, keje aku kemaih meja, kendian lap meja balik bagi kilat.hehe.
pastu gi terawekh.balik terawekh makan lagi!hehehe.

menjelang raya.

selalu bila nak raya, aku akan sebok buat kuih raya.
time sekolah2 dulu aku buat kuih mazola.kome tau ke kueh ni?yang gune kacang tanah tu..hehe
pastu kuih tat nenas.walopon aku tak berapa kenan kuih ni, tp aku buleyh la buat.hehe
lepaih tu tang nak bersih umah,
keje aku lap tingkap, lap kipaih.
lap frame2 gambo. dan juga cuci peti ais.hehe.
lagi pe ek aku buat...........
ermm...
haaaaa!polish sofa..kendian tukar sarung kusyen.
pastu gantung langsir.hehehe.

tapi bukan le buat sesorang.....tumpo le nak wat sesorang,
mesti le buat dengan adek bradek aku yang lain.
selalunye kiteorang akan bergotong royong le kemaih umah.

tahun ni...

aku tak rasa aku bleyh wat kueh raya.pasei balik pon lg berapa hari je nak raya.
kemaih umah pon maybe takde nak buat banyak.mesti mak da settle awal2..
siaaannn mak kena kemaih umah sesorang.nak harap adek aku yg kecik tu..................
mcm mengharap bulan jatuh ke riba.huhu.

tahun ni raya mcm simple giler.

baju raya beli siap!tak dan nak tempah daah.
kasut raya pon aku tak beli..hehe.
pastu kuih pon tak de buat.kek xsure laaa.kalo rajen aku buat.hehe
then takde pon nak beli apa2 yang baru kecuali lapik meja.hahahha
makna kata umah aku kali ni pakei je ape ade.tak de tuko2.elok bebeno le.

selalu di malam raya

kami sekeluarga akan sebok buat touch up kat umah tu.
ye la nak ubah2 position kerusi ke, or pasang langsir ke..sume malam raya!
ouh...malam raya gak la malam paling best!sebab malam ni mak akan masak kari kambing.
maka kami 5 beradek akan konon2 nak rasa kari mak masak.
dan tanpa disedari dah suku periuk abih kami makan.
selalunye memang mak akan bising takut tak cukup utk esok.

p/s: selalu utk raya mesti atleast 3kg kambing.huhu.terliur haku.


dihari raya...

pepagi mak da kejut daaa..
sesorang mandi dan siap2.
selalu sebelum pegi semayang raya kiteorang akan makan dulu.
menu dipagi raya putu mayum dgn kari kambing.sllurrrrrppppp~
da makan2 then baru gi semayang raya.
balik semayang raya, balik umah dan salam2 collect duit raya! =D
kendian amik family picture.
pastu baru la ke umah pah.jumpe pah.pastu salam la dengan sesape yang ada.
da jumpe pah baru la ke kubur tok.
lalu mulela marathon aku ke umah makcik2 aku.hehe.
kalo aku tak marathon, cousins aku yang berkejor ke umah aku.
well umah aku ni mmg tempat berkumpul time raya.hehe.

tapi raya tahun ni mesti lain....

sebab..
mane de pah lagi...
ntah la kemana arah tuju.mcm tak lengkap je pah xda time raya.
dan aku macam terlupa yang pah dah takda.
sebok je pikir baju raya pah le..sape yang masak utk pah le.
aih~~~
sedeyh biler tersedar dari lamunan yang aku da takda pah.. ='(

tapiiiii...tetapku tabahkan hati ni...
pepagi raya, pas semayang raya akan aku terus ke kubur pah and tok.
semoga pah dengan tok tenang disampingNya.

since raya tahun ni balik penang..
maka raya kedua la baru aku bermarathon. hehe.

dan raya keempat pulang lah kemelakaaa!~
dammit!final exam kill me!

ok laaa...cukup la cerita aku, puasa dan raya.hehe.


Lebaran Ini by Raihan, Rem, Ajai & Now See Heart

Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini

( 1 )
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa

Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya woo..oh..

( korus )
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah uh.. uh..