Thursday, September 10, 2009

raya ke exam?

since nak raya sesangat daah aku nk wat post pasal raya laaaa.heheheh.

taaaapiii [ayat stendet drama]

sat je raye.pastu da kena study untuk exam. :(

raya kah? raya tu kan tanda kemenangan?

macam tak raya lagi je.

8/10 baru la aku betoi2 raya. sebab da abih exam.

yang raya syawal ni....macam kemenangan sebab berjaya puasa di bulan ramadhan. tu je.

sedey sebab tak dapat enjoy raya at the fullest.

macam mana laaa nak raya sakan kalau dalam otak asyik ingat notes yang paling "bulky" itu?

da laaa badan ni semakin menjadi2 naiknye. nak makan time raya pon rasa bersalah. :(

macam kurang semangat je nak raya. yang ada cuma semangat nak balik umah.

sebab da lama sangat tak balik umah dan dah tak boleh tahan stay kat malapetaka eyh melaka.haha.

dengan pelbagai pressure-nye. masalah study, masalah kawan2, masalah dengan diri sendiri.

di kala diri dirundung kemurungan, rumah lah tempat yang sesuai untuk dituju. suara mak lah penenang jiwa, kata2 abah laah penguat semangat, gelak tawa adek beradek lah pengubat serabut.

maka, esok, dengan hati yang girang gembira, akan ku tuju ke tempat yang paling menenangkan.

i dont need a luxury vacation, i need no spa, all i need is a superb place call HOME.

menjelang hari raya yang mulia, aku menyusun 10 jari memohon maap kepada semua pembaca blog aku, kawan2 aku, family aku, cikgu2 aku, dan juga sesapa la yang "ter"offended dengan kata2 aku. al maklum laaaa aku ni kan mulut puaka skeytttt.hahaha.

ouh yaa..halal kan la makan minum, or ada terambik barang ka, or ada apa2 yg terkurang or terlebeyh harap dihalalkan laaa donia akhirat.

akhir kata,

semoga aku selaaaaaamaaat pergi, selaaaaamaaaat balik.

adios kawan.


Balik Kampung by Sudirman Hj Arshad -

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti