Friday, March 14, 2014

English kah?? Urban Kah??

Assalamualaikum.

Baikkan aku hari ni. Bagi salam. Yes. Bagi salam sebelum melahar.

Hari ini aku nak melahar perangai #villagepeople yang suka benor cakap omputeh dengan anak-anaknya. Tapi... do they really speak in English at the first place? poyo lebih ada la... Bajet ala-ala mama papa urban lah sangat.

Contoh mudah.. aku selalu dengar orang cakap kat anak-anak dia yang umur baru setahun jagung tu.. "papa work la sayang." "mama work today". papa work? mama work? ko dah kenapa?? Kalau nak anak cakap omputeh pun biorlah cakap elok2. At least ko melentur buluh dengan cara yang betul sejak dari rebung.

Lagi satu suka sangat cakap "Arianna Natasha Sophia Mariza, you want school?" Nama anak omputeh habis, walaupun muka set-set melayu asli.... nama and muka tu satu hal, ni English versi apakah "you want school?" Aku admit, English aku pn tak bagus mana, tapi tak la sampai broken tahap retak seribu.

Banyak kot contoh-contoh english urban melayu ni.. "what you eat today?" "you want fish?" "you like school?" "take yellow color."

Sian aku tengok budak-budak yang jadi mangsa keadaan ni. Mesti diorang terikut-ikut dengan style mama papa diorang yang memang off ni.

Aku sokong mereka yang mendedahkan anak-anak mereka dengan English sejak dari awal. Namun demikian, tolonglah guna proper English. Malulah dengan masyarakat sekeliling yang mendengar ko bercakap sebegitu.Bagai mama papa ketam mengajar anak-anak ketam "walk."

Ada juga yg cakap dengan anak-anak "esok school jom tido" tak boleh cakap sekolah ke? Ko ingat ko sebut school tu terus darjat ko naik setingkat-kah?

Kepada mama papa urban sekalian dan termasuk juga warga urban wannabe yang lain, aku yakin korang semua mesti menyampah benci lagi menyumpah bila baca post aku ni. Sure korang kata alaaa nanti dah besar diorang pandai la. Ni cakap dengan budak-budak bukan cakap dengan orang dewasa.

Yea.. nanti da besar diorang pandai la.. yang korang tu dah besar tak pandai-pandai kenapa?? sebab dari kecik korang tak dididik untuk bertutur dalam bahasa inggeris dengan baiklah. Apa yang dari kecik di bawa sampai ke besar sampai ke anak cucu. UNLESS korang ada kesedaran tinggi lalu mengambil kursus bahasa inggeris macam Siti Selfie dan mempraktikkan penggunaan bahasa inggeris yang betul.

Sekian, sila melahar aku pulak. LOL.