Friday, January 18, 2013

Samarinda


sedang aku menunggu mesin waktu menyanyi riang menandakan waktu pulang telah tiba, aku melayari laman sesawang kegemaranku FORUM CARI

aku membaca benang mengenai isu di UUM lalu aku terpaut dengan satu laman sesawang yang telah dipautkan oleh salah seorang panel forum di situ. aku menekan pautan tersebut lalu membaca isi kandungannya. PROVOKASI. itulah yang dapat aku nilaikan melalui pembacaan kasar aku. namun kemudian, mata aku tertangkap satu komen oleh seseorang yang amat aku kenali.

aku pernah ada sejarah hitam dengan orang tersebut. dia pernah mencaci maki aku, pernah menjatuhkan maruah aku dan pernah memburukkan kan aku ke tahap yang paling hina. kejadian itu 5 tahun yang lepas. api kemarahan di dalam jiwa ini telah lama terpadam.

yang aku ingin katakan disini bahawa sikapnya tiada berubah. dia bagaikan tiada belajar melalui pengalaman lalu, waima masih tetap utuh memegang prinsip bongkaknya.

cumanya, kali ini terdapat sedikit perbezaan bilamana "lawannya" juga seorang yang berhati kejam. mengeluarkan kata-kata kasar yang mencerminkan keperibadian yang dangkal. kali ini, buku bertemu ruas. ibu bapanya dan suaminya di perkotak katikkan. dayus, kata lawannya. 

dia, seperti biasa, tatkala mati akal dalam berdebat, cuba membuktikan dirinya hebat dengan menyatakan bahawa dia adalah seorang doktor falsafah. anggapan aku tepat sekali. dia akan meninggi diri dengan lawannya hanya untuk membuktikan bahawa dia adalah lebih bagus dari lawannya walaupun adalah diketahui bahawa dia bukanlah seorang doktor falsafah. 

cara cercaan dia tidak berubah. lima tahun berlalu, dan kebongkakkan dia masih jelas kelihatan dan tidak salah jika aku katakan bahawa sikapnya semakin menjadi-jadi. 

tiada mengapalah, mungkin dia seorang yang menghadapi masalah kurang dengan keyakinan diri. meninggikan kedudukan dirinya sendiri memberi beliau perasaan selamat berada di sekeliling masyarakat.

semoga dia membuka minda dan meruntuhkan rasa bongkak yang ada dalam diri dia. 


No comments: