Monday, November 16, 2009

riak, dengki, busuk hati, dendam, fitnah

sometimes i wonder why people with education can be such a BEAST!

RIAK

kenapa mesti ada sikap ni??perlu ke berbangga2, bermegah2 dengan apa yg kite ade? or to the extend where riak dengan sesuatu yang di ada2kan.. i couldnt understand people that enjoy telling others what they have, how much money they earn per month..urghhhh~can u just shut up!who cares how much money u have. when come to worst, u create a bloody fairytale that u're one rich person in town where the fact that u're slightly above beggar! sometimes i wonder if all those fairytales are purposely created by u or u youself are living in that fucking fairytales thinking that u're filthy rich! HELLo.. duit bukan boleyh bawak mati ponnn! urghh~~~

DENGKI

bila ada sikap riak, sikap dengki akan menyusul. dengki apabila melihat orang lain berjaya membina kehidupan yang lebih baik. kamu takkan pernah suka melihat orang sekeliling kamu ada apa yang kamu tiada. lebih2 lagi apabila apabila mereka ada sesuatu yang sememangnya kamu idam2kan selama ini. susah. untuk menyedapkan hati kamu, maka kamu akan bersikap riak. cuba membuktikan kamulah yang terbaik. sedarlah wahai kamu, tak semua yang ada pada orang lain ada pada kita dan tak semua yang ada pada kita ada pada orang lain. bersyukur sajalah dengan apa yang kamu ada. tak perlu kehulu kehilir pertikaikan harta milik orang lain dan membandingkan status kamu dengan orang lain hanya untuk memastikan kamu lebeyh bagus dari mereka.

BUSUK HATI

apabila menyedari ada orang lain yang lebeyh bagus dari mereka, sikap busuk hati akan timbul. mulalaah rasa benci terhadap orang itu, walaupon orang tu tak penah walau sekelumit menyakitkan hati mereka. apabila dah ada perangai busuk hati, si busuk hati pastinya akan mengata yang bukan2 pada orang yang tak disenanginya. mungkin akan mengganggu ketenteraman orang tersebut. kepada orang yang tidak disenangi itu, jalan terbaik adalah dengan berdiam diri. kerana jika diayan si busuk hati ni sampai bila2 pun dia akan mengata.

DENDAM

inilah penyakit hati paling kronik. kalau diikutkan kalau orang tu marah lebih 3 jam itu maknanya dendam. [if i'm not mistaken laa~] obviously aku pon ada berdendam..tetapi dendam tu akan hilang as time goes by. tetapi malang bagi orang yang tidak pernah nak bermuhasabah diri, mencari kesilapan diri, dan terus berdendam. orang yang berdendam tidak akan pernah puas memburuk2kan orang yang didendami. kepada kamu yang suka berdendam [altho i kno that person never read my blog] sudah2 lah berdendam. sikap dendam membuatkan muka menjadi keruh tidak berseri. apa bila hati dipenuhi dendam, kesannya akan kelihatan diwajah. tak guna pakai skII skali pon kalau hati tak pernah suci dari sikap dendam.

FITNAH

apabila dendam menguasai diri, nafsu menjadi raja, akal kurniaan Allah di ketepikan, Syaitan menjadi rujukan, mulalah memfitnah semata2 nak menjatuhkan musuh. ada pepatah berkata lidah yang sepanjang tiga inci boleh membunuh manusia setinggi enam kaki. manusia jenis ini bagaikan manusia bertuhankan nafsu. melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan hati dan perasaan. dengan fitnah, kamu berharap musuh kamu akan porak peranda keluarganya, di ketepikan oleh saudara maranya dan dipulau masyarakat. tetapi haruslah pemfitnah tu ingat yang Allah sentiasa memakbulkan doa orang yang teraniaya.

- begitulah sikap manusia yang bagaikan tidak takut pada YANG SATU.


Pada hari kiamat Allah berfirman, ketika semua manusia melihat catatan amalannya, “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan harapan (riak) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan daripada mereka.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaanlah bagi orang yang solat (iaitu) orang yang lalai dari solatnya dan orang berbuat riak.” (Surah al-Maa'um, ayat 4 - 6)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

"Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)






No comments: