Friday, September 12, 2008

aku sedih....

ya...itulah perasaan ku tika ini.sedih dan keciwa terlampau. rasa seperti ingin menyendiri sambil melayan lagu-lagu sedih bagi meratapi hati ku yang hancur luluh ini.

aku sendiri tidak pasti mengapa ini terjadi.tapi ia mungkin juga kerana sudah 2 minggu berlalu dan aku berasa sungguh seronok dan senang hati sekali. bagai peribahasa, langit tak selalunya cerah, begitulah perasaan ku. kekaseh ku yang setia disisi tatkala aku sedih sedia memutarkan lagu2 yang menusuk kalbu bagai memahami apa yang tersirat di hati ini.

aku sedar, aku jua makhluk tuhan yang banyak kelemahannya dan aku sedar aku jua bukanlah seorang yang bijaksana. aku adalah manusia yang penuh dengan kesederhanaan. tetapi, apa yang terjadi ini, buat aku terlalu sedih.mungkin perkara ini berlaku untuk membuatku mengingat kembali pada Yang Esa. memberi amaran padaku jangan lupa bahawa hanya Allah yang memberi rezeki pada hambanya.manusia boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu, tetapi akhirnya Allah jualah yang menetapkan segalanya. bagai mutiara kata usaha tanpa doa adalah sombong tetapi doa tanpa usaha adalah sia-sia. mungkin aku tidak berusaha bersungguh-sungguh.

esok, akan aku bertemu dengan manusia yang telah melukakan hati ku ini dan minta kepastian akan apa yang terjadi.sedihnya tuhan saja yang tahu.aku faham, ia hanyalah cobaan tetapi aku menganggap perkara ini adalah amat penting bagi diriku. bagai kata-kata ibuku yang sentiasa terngiang-ngiang di telinga "mak takda harta nak bagi kat kamu.ilmulaa harta kamu dunia akhirat. ilmu jugaklaa buat orang hormat pada kamu." sebak hati ini tatkala mengingati bait2 dari ibu yang mengharapkan anaknya menjadi kebanggaan keluarga.

maka dengan itu, aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi anak yang baik. namun begitu, jiwa muda ku yang mudah lalai ini menyebabkan aku menjadi alpa akan nasihat ibuku jua tanggungjawab ku sebagai hambaNya. walau bagaimanapun, aku bersyukur kerana Allah memberi peringatan pada aku se-awal ini. jika lewat lagi, maka nasi sudah menjadi bubur. sedih hatiku ini. bagaikan lagu ella "hati ini hancur dan luluh kerana mu"

semoga aku akan menjadi manusia yang tidak mudah terleka dan melupakanNya.aminnn.

lagu ini tiba-tiba bermain di winamp ku bagai mengerti apa yang sedang aku lalui.

Heartache every moment - Him

From lashes to ashes
And from lust to dust
In your sweetest torment
I'm lost
And no heaven can help us
Ready, willing and able
To lose it all
For a kiss so fatal
And so warm

Oh it's heartache every moment
From the start 'til the end
It's heartache every moment
With you
Deeper into our heavenly suffering
Our fragile souls are falling
It's heartache every moment
Baby with you

And we sense the danger
But don't wanna give up
'Cause there's no smile of an angel
Without the wrath of god

Oh it's heartache every moment
From the start 'til the end
It's heartache every moment
With you
Deeper into our heavenly suffering
Our fragile souls are falling
It's heartache every moment
Baby with you
My darling with you

From lashes to ashes
And from lust to dust
In your sweetest torment
I am lost
And we sense the danger
But don't wanna give up

Oh it's heartache every moment
From the start 'til the end
It's heartache every moment
With you
Deeper into our heavenly suffering
Our fragile souls are falling
It's heartache every moment with you
That's right

4 comments:

i n - c h a n said...

jangan la sedih pika. everything happens for a reason. if today awk sedih...insyaAllah tomorrow will be a better day ok dear :D

Danielle_Corleone said...

Sedih itu perlu untuk kita faham makna gembira.

penceritera said...

tp sedeyh tu tak ilang lagi...huhu.maybe esok ok kot...=))

penceritera said...

memang sedih tu perlu...semoga bile kite happy kite tak lupe doniaa.huhu