Wednesday, November 26, 2008

insomnia


apakah insomnia? -jawapan paling simple -- susah tido.
-bahasa ilmiah --
merasa sukar untuk tidur dan tidur dengan nyenyak atau merasa seperti tidak cukup rehat walaupun telah tidur secukupnya.

tanda tidur mencukupi ialah bile korang bangun pagi, korang rasa"semangat
dan telah berehat secukupnya.berapa lama tidur yang korang perlukan untuk recharge badan korang tak terletak pada berapa jam korang tidur tapi berapa lama badan korang perlukan untuk recharge.ada orang 4 jam pon cukup.tp ada orang perlukan 10 jam untuk tidur.....
ada
3 jenis insomnia
1. insomnia sementara
biasanya disebabkan perubahan persekitaran atau tekanan hidup.
contoh:mengembara, masuk hospital, atau memikirkan tentang satu peristiwa penting yang akan berlaku.paling senang - exam.
tidak melarat.
paling lama 4-5 hari laaa..

2. insomnia jangka pendek.
biasanya disebabkan banyak tekanan yang datang.
contoh:
kematian, penceraian, or kena buang kerja.
berlarutan sampai 3 minggu.
3. insomnia kronik
kesan jika tidak kendalikan insomnia jangka pendek dengan baik.
disebabkan oleh
keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfusngsi fisiologi atau salah guna dadah/alkohol.
berlarutan dari beberapa bulan ke beberapa tahun.

tanda-tanda

:: sukar untuk tidur.berbaring dalam keadaan jaga lebih dari sejam sebelum dapat melelapkan mata.
::
tidur tidak nyenyak dan sering terganggu. contoh - terjaga beberapa kali di waktu
malam [nak kencing tak amik kira laaa]
::
terbangun di awal pagi dan sukar untuk tidur semula.
::
letih dan mengantuk di waktu siang. maka selalu tidur time siang.

faktor-faktor

:: gaya hidup.

- minum alkohol, kafein, merokok.
-
waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam
-
perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru
-
ubat-ubatan seperti antidepresan dan antihipertensi

:: masalah kesihatan

-
Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit. contoh - Artritis, kanser, Ulser Peptik
- masalah pernafasan. contoh - asma, Bronkitis, kegagalan jantung kongestif [flu??]
-
hipertioidisme, penyakit Parkinson dan masalah buah pinggang.

:: masalah psikiatri

-
Kemurungan, gangguan keresahan, Skizofrenia, gangguan bipolar.[sakit mental...]
- penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan

:: persekitaran tidur yang tidak selesa
-
Persekitaran yang bising.contoh- bunyi mat2 rempit, lori2 juga kete yg bajet drift, juga
televisyen
jiran [tv sendiri tak pe kottt.]
-
bilik terlampau terang, sejuk/panas, bantal atau katil yang terlampau lembut or keras
[banyak laa kerenah~~]

penjagaan diri


::
Elakkan
- Meminum minuman yang mengandungi kafein - kopi, teh, COKE [patut ar susah
tidoo.]

- alkohol, merokok atau mengunyah tembakau 2 hingga 4 jam sebelum tidur.
- Tidur dengan perut yang kosong atau terlalu penuh.
- Membawa perselisihan atau masalah ke tempat tidur- afdalnye settle prob tu dulu.tido.
- Memaksa diri untuk tidur dan merasa risau mengenainya.
- Tidur sekejap-sekejap pada waktu siang.

:: amalkan

-
Bersenam secara konsisten 3 hingga 5 kali seminggu.
tetapi.....
senaman berat sebelum tidur mungkin menyebabkan korang sukar tidur.
- berehat sebelum tidur. Berhenti daripada membuat kerja beberapa jam sebelum tidur.
-
Belajar cara-cara menenangkan diri dan mengosongkan fikiran.
kerana...bila fikiran korang terlalu aktif, korang akan menghadapi masalah untuk berehat
-
Pastikan persekitaran tidur korang selesa. - kurangkan gangguan lampu or bising.
pastikan
tilam selesa dan bantal lembut.juga pakailah baju yang longgar2.

[baju ketat2 wat sesak
napeh je.huhu.]
-
Tidur hanya bila korang rasa mengantuk.pastikan tempat tidur untuk tidur.bukan untuk
study or tgk tv hokkay
~~
-
Jika anda berbaring dalam keadaan jaga melebihi daripada 15 minit, keluar dari bilik
tidur
dan cuba lakukan sesuatu yang menyenangkan dan merehatkan anda.
contoh - melepak sambil mengumpat.. =p
-
Lakukan aktiviti-aktiviti yang merehatkan sebagai amalan sebelum masuk tidur.
*
Mandi air suam
*
Minum susu suam.
*
Membaca buku yang membosankan [ni aku banyak stok]atau bahan
bacaan ringan seperti majalah
[apo? mungkin menbantu.]

*
Mendengar muzik yang menenangkan.jgn dgr lagu HIM.dgrla lagu2 siti,
ungu, katy perry,
dan seangkatan.

-
Bangun pagi pada waktu yang lebih kurang sama tanpa mengambil kira waktu tidur anda.
- semak ubat-ubat korang
untuk mengelakkan dari terambil ubat-ubat yang menyebabkan
insomnia.


maka para insomnia.... praktikkanla apa yang da tersurat itu.kalo tak leh gak pi ar jumpe doktor.

tujuan
aku cite pasei insomnia ni pasei aku tak leyh tido...da sebulan da ni...tak tau le nape. maybe saket mental kot.byk sgt masalah, byk sgt persoalan dan byk sgt laaahh~~
slalu kalo aku baring jam 1 aku tidor jam 3-4.gilaaa~~~ngantuk tapi tak leh tido. maka dengan itu, akan aku praktikkan apa yang tertera dia atas.huhu.ok laaaa.da pukul 2.50 aku nak try tidooo..sebelum tu layaaaan lagu yang bleyh kasi tidooo..

Buat Aku Tersenyum - Sheila On 7
Datanglah sayang dan biarkan ku berbaring
Di pelukanmu walaupun tuk sejenak
Usaplah dahiku dan kan kukatakan semua

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar

Rasakan resahku dan buat aku tersenyum
Dengan canda tawamu walaupun tuk sekejap
Karna hanya engkaulah yang sanggup meredakan aku

Karna engkaulah satu-satunya untukku
Dan pastikan kita slalu bersama
Karna dirimulah yang sanggup mengerti aku
Dalam susah ataupun senang

Dapatkah engkau s'lalu menjagaku
Dan mampukah engkau mempertahankanku

Bila kulelah tetaplah disini
Jangan tinggalkan aku sendiri
Bila kumarah biarkanku bersandar
Jangan kau pergi untuk menghindar


No comments: