Friday, December 20, 2013

Backup lover. (Kite back up je..)

Backup lover. (Kite back up je..)

fuhhhh.. korang tau tak bekap lover tu mende? Paham tak konsep bekap lover ni? ok. Meh aku sexplain kt korang betapa hazabnya jika korang adalah hanya seorang bekap lover. Boleh jadi korang pun tak perasan yang korang adalah seorang bekap lover atau pengamal bekap lover.

Bekap lover senang citer second choice.
Situasinya seperti di bawah:
*baca elok-elok dan sila menjiwai watak.

Kisah bermula di kala Hasan baru sahaja kehilangan selipar tersayangnya yang telah dimanjai selama dua tahun. Kemudian, Hasan mula mencari-cari selipar baru sebagai pengganti. Hasan jatuh cinta dengan selipar berjenama Supertough. Selama hampir setahun Hasan bersama dengan Supertough, Hasan gembira dengan Supertough.

Kemudian, one fine day, Hasan telah dipikat oleh seorang salesgirl untuk membeli selipar yang lebih cantik rekabentuknya. Lalu Hasan, telah membuat satu tindakan drastik dengan membeli selipar berjenama Winner.

Setelah mendapat Winner, Supertough tidak lagi dipandang Hasan. Supertough dilemparkan ke tepi oleh Hasan. Winner berada di takhta hati Hasan sementelah Supertough, terbiar diabaikan. Sepi sendirian bertemankan bulan.

Selepas seberapa ketika, Winner tidaklah seperti yang Hasan sangkakan. Winner hanyalah sementara. Winner tidak mampu lagi bersama dengan Hasan. Oleh kerana kesedihan kehilangan Winner, Hasan mencari-cari semula Supertough yang telah lama dibiarkan. Supertough kembali bersama Hasan dan Supertough berasa teramat gembira kerana Hasan masih mahukannya.

Sesungguhnya Supertough setia bersama Hasan walau di dalam hujan lebat, Supertough akan sentiasa berkhidmat dengan penuh dedikasi. Namun, jauh di sudut hati Supertough, Supertough berasa seperti dirinya tiada nilai berharga di mata Hasan. Dicampak sesuka hati, dan dicari bila perlu. Seluka manapun hati Supertough, dia tetap memberi yang terbaik kepada Hasan. Cumanya, Supertough sentiasa berasa gusar lagi insecure jika satu hari nanti Hasan punyai selipar yang baru dan nasib malang yang sama bakal menimpanya sekali lagi.

Begitulah nasib bekap lover.

Fuhhh.. panjang pulak kisah Supertough ni.

Sedih kan nasib seorang bekap lover. Ko sayang kekasih kau sepenuh hati sampai tak pandang langsung lah orang lain kan. Tapi kekasih ko boleh suka suki flirt2 dengan orang lain siap bercinta bagai.

Dan masa tu hati ko jangan cakap la rabak macam mana. Bukan rabak lagi dah, dah hancur berkecai lumat. Memang mustahil boleh pulih la. Tapi da namanya cinta kasih sayang, even dah hancur rabak hati ko pun, ko masih mampu lagi mencintai dan menyayangi kekasih ko tu. Happy sangat ko kan bila kekasih hati memberi semula kasih sayang yang telah lama ko dambakan.

Tapi ko tak yah tipu la kononnya hati ko da pulih siap cantik lg bentuknya tanpa sebarang kesan rabak. Lama kelamaan, ko akan pikir balik apa kekasih ko da buat dan masa tu jantung ko macam nak meletup balik. Ko trauma. Ko takut sangat kalau hati ko kena smash sekali lagi.

Dan ketika itu, rasa insecure wujud. Ko akan sentiasa rasa yang dia akan curang dengan ko sekali lagi dan lemparkan ko disudut tepi dinding sambil ditemani cahaya bulan. Ko takutkan. Traumakan. Sebab ko da tau dan sedar yang ko ni sebenarnya bekap dia je sementara dia jumpa yg lain. Sementara dia nak jumpa yang lain, ko lah kekasih dia yang akan diberi kasih sayang perhatian. Nanti bila dia da ada orang lain, tak merasa la ko. Ko hanya dipandang sepi je.

Nasib ko lah bekap lover. Bercinta kasih sayang la ko dengan kekasih ko sepenuh hati ni sementara dia belum tinggalkan ko lagi,

Aku bersimpati.

No comments: