perghh!!
panjang okai tajuk kite kali ini.
hari ni aku nak ceritakan mengenai carta
organisasi. tak kisah la organisasi kelas ke, kelab bahasa melayu ke,
partai politaik ke apa-apa carta organisasi la...
senang citer biar aku buat carta untuk korang
paham. dia cam ni................................
Jadi korang nampak tak isu yang cuba aku
ketengahkan disini. Senang citer aku keje bawah BD. BD and BG level nk dekat
sama tp tak serupa. BG memang tak suka BD. BD dan BG selalu gaduh2. Selalu je
ada percanggahan pendapat. Kiranya BG memang tak suker dengan BD.
Nak dijadikan cerita aku ni keje ikut arahan BD.
Korang bayangkan la bila kita ni kena ikut arahan BD. Memang keje kita pun
bertaraf BODOH lah kannn… bila aku cuba nak memberi pendapat yang lebih
bijaksana dari BD, BD terus bagi amaran kat aku agar jangan cuba nak
bertelingkah dengan dia. Ini bukan mahkamah katanya…. Jadi korang Nampak tak
proses pembodohan sang kancil yang bijaksana sedang dijalankan oleh gajah BD?? Korang
Nampak tak?? Kalau tak Nampak memang korang buta intelektual laa….
Oleh kerana sang kancil yang bijaksana ni tiada
kuasa untuk mengekang kebodohan BD, maka sang kancil terpaksalah menjadi pak
turut mengikut idea bodoh BD. BG pula yang sememangnya tidak suka akan BD terus
menembak sang kancil bertubi oleh kerana tindakan sang kancil yang sememangnya
tidak masuk akal. Ia lah…. Sang kancil tiada kuasa untuk menidakkan arahan BD,
maka terpalitlah kekejian ke atas sang kancil akibat mengikut arahan BD.
Yang sebenarnya, sang kancil yang bijaksana tahu
BG menembak sang kancil itu sebagai satu sindiran kepada BD. Ia lahhh…. Masakan
sang kancil yang tiada kuasa boleh memandai mandai mengutarakan dan
menyampaikan suatu berita tanpa arahan BD.
Tapi itu lah kesilapannya, BG nak tembak BD,
tapi oleh kerana penyampaian berita dilakukan oleh sang kancil, maka sang
kancil lah yang menjadi mangsa tersepit diantara gajah-gajah.
Teladan dalam penceritaan ini adalah, carta
organisasi adalah bagus untuk menentukan kuasa. Namun, ia tidak memberi makna
yang berada di atas adalah lebih bagus, lebih tahu, lebih pandai, lebih
beradab, lebih berdisiplin, lebih berdedikasi, lebih rajin dari yang berada di
bawah. Mereka hanya ada kuasa tapi belum tentu ada kebijaksanaan dan kematangan
dalam mengendali sesuatu hal.
Sekian, penceritaan saya pada hari ini.
Jumpa lagi di lain hari. J
2 comments:
hahhahahaaaa...sang kancil yg tersepit ber++ lah kencil jadi nye..hehehheeeeee
banyak tol gajah dlm citer ko ni.. hehe
Post a Comment